RAFA MAHIRA bukan wanita biasa.
Dia kaya. Cantik. Bebas. Tapi kosong.
Satu insiden di jalan raya mempertemukannya dengan Hanissa, gadis buta yang punya jiwa bercahaya. Dari situlah Rafa mula tersentak, tentang siapa dirinya, tentang apa yang dia cari dalam hidup. Ketika Rafa melangkah ke Pusat Islam Al-Musawwir, dia tidak tahu bahawa jalan itu akan membuka lembaran baru dalam hidupnya.
Namun, setiap langkah perubahan itu datang bersama cabaran. Dia dihina. Difikir mempergunakan agama. Dipandang jijik oleh mereka yang merasa lebih 'suci'.
Dalam kelam fitnah dan tohmahan, Rafa harus memilih, kembali pada dunia lamanya, atau terus mendaki jalan penuh onak menuju redha Tuhan.
Rafa Mahira bukan sekadar cerita tentang hijrah. Ia adalah kisah manusia. Tentang luka, ketabahan dan harapan.
Dieser Download kann aus rechtlichen Gründen nur mit Rechnungsadresse in A, B, CY, CZ, D, DK, EW, E, FIN, F, GR, H, IRL, I, LT, L, LR, M, NL, PL, P, R, S, SLO, SK ausgeliefert werden.